Pusat Strategik Penjanaan Pendapatan (PSPP)
LATAR BELAKANG
Pusat Strategik Penjanaan Pendapatan (PSPP) UTeM ditubuhkan pada April 2019 bertujuan menggerak dan memantapkan aktiviti penjanaan pendapatan di UTeM. Penjanaan pendapatan di UTeM disertai secara langsung oleh semua entiti dan pusat tanggungjawab (PTj).
PENGURUSAN PSPP
Pusat Strategik Penjanaan Pendapatan (PSPP) diketuai oleh seorang Pengarah. PSPP diletakkan di bawah Pejabat Bendahari UTeM. Terdapat dua unit di bawah PSPP iaitu, Unit Pembangunan Penjanaan Pendapatan dan Unit Pengurusan Penjanaan Pendapatan. Jumlah staf PSPP adalah seramai enam (6) orang. Berikut adalah skop tugas utama PSPP:
- Menjalankan promosi kemudahan dan fasiliti kepada pihak luar
- Mengenal pasti inisiatif strategik penjanaan pendapatan yang dapat dilaksanakan dan dikembangkan
- Merangka pakej sewaan yang sesuai ditawarkan kepada pihak luar
- Menguruskan penyewaan dan aktiviti penjanaan berpusat
- Membuat penilaian business proposal/kertas cadangan penjanaan daripada pihak luar/ PTj
Prestij dan kewibawaan UTeM sebagai sebuah universiti awam akan terus dipelihara melalui pelaksanaan aktiviti penjanaan pendapatan secara bersungguh-sungguh dan komited.